95% dari affiliate program yang disertai adalah percuma. Untuk menyertai program affiliate ini agak mudah, tapi untuk mendapatkan hasilnya bukanlah semudah disangka. Anda harus mengkaji, mempelajari dan mendalami selok belok program ini supaya usaha anda berbaloi dengan komisyen2 yang dijanjikan.
Pemasaran affiliate merupakan proses keseluruhan penyertaan program affiliate, mempromosikannya dan menjana komisyen daripada usaha anda. Pemasaran affiliate mempunya istilahnya sendiri dan mempunyai kaitan rapat dengan kaedah pemasaran yang lain seperti :
- Pembinaan laman web dan SEO
- Penulisan blog dan podcasting
- Pengiklanan Pay-per-click
- Pemasaran Email / safelist
- Pemasaran Multi-level
Walaubagaimanapun, apa jua kaedah yang anda gunakan, matlamat utama adalah untuk menghasilkan jualan dan mendapatkan komisyen. Apabila anda menyertai sesebuah program affiliate, anda akan dirujuk sebagai affiliate kepada pemilik produk tersebut, yang mungkin juga mempunyai ratusan ahli affiliate yang lain yang mempromosikan produk yang sama.
Untuk menyertai program ini adalah lebih baik mengikuti langkah2 berikut :
- Kenalpasti syarikat yang menawarkan program affiliate yang ingin anda sertai.
- Baca, faham dan setuju terma dan syarat yang ditetapkan semasa mendaftar.
- Masukkan link affiliate anda ke dalam website atau blog anda untuk menghubungkan pelanggan dengan website syarikat tersebut.
- Perolehi komisyen anda ( jika ada ).
Terdapat beberapa marketplace ( merujuk kepada pemilik produk sebagai pengiklan atau vendor dan affiliate sebagai penerbit ) yang membenarkan anda mendaftar secara percuma :
Antarabangsa :